Kamis, 27 Oktober 2011

Kebenaran Banjir Zaman Nabi Nuh

A’raf [59] Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah dia: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang besar (hari kiamat).
Nama sebenarnya adalah Finus. Nuh bermakna ratapan, samada ratapan atas kedegilan umatnya yang tidak percaya dakwahnya atau ratapan atas kematian anaknya, Kin-ann dan juga isterinya.
Dakwah Nabi Nuh
Dakwahnya tidak diterima dan ditentang di luar dan juga di dalam rumahnya sendiri. Nabi Nuh hanya berdakwah untuk kaumnya. Berbeza dengan Nabi Muhammad s.a.w yang berdakwah untuk sekelian alam sepertimana Allah juga tuhan sekelian alam.
Siang malam Nabi Nuh berdakwah, dipukul berkali-kali. Namun baginda tidak serik, terus juga berdakwah.Begitulah keberaniannya. Dalam satu hadis, Allah sayang orang yang kuat hatinya iaitu berani).Beliau tetap terus berdakwah sehingga 700 atau 1000 tahun mengikut tafsir Mazhari. Namun umatnya semakin liar.
Nuh [5] (Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman).
Nuh [6] Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran).
Nuh[7] Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau.
Nuh [26] Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!
Doa Nabi Nuh dikabulkan oleh Allah
Al-Anbiyaa [76] Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Nuh, ketika dia menyeru (berdoa kepada Kami) sebelum (Nabi-nabi yang tersebut) itu, lalu Kami perkenankan doanya serta Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya dari kesusahan yang besar.
Saffat [75] Dan demi sesungguhnya, Nabi Nuh telah berdoa merayu kepada Kami (memohon pertolongan), maka Kami adalah sebaik-baik yang kabulkan doa permohonan. [76] Dan Kami telah selamatkan dia bersama-sama dengan keluarga dan pengikut-pengikutnya, dari kesusahan yang besar.
Membina bahtera
Mukminun [27] Lalu Kami wahyukan kepadanya: Buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); kemudian apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), maka masukkanlah ke dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap jenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu (dan pengikut-pengikutmu) kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya di antara mereka (disebabkan kekufurannya) dan janganlah engkau merayu kepadaku untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan dengan taufan sehingga mati lemas.
Hud [37] Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya) dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan (dengan taufan).
Nabi Nuh dan pengikutnya disuruh membuat bahtera kerana azab dalam bentuk air akan datang. Hanya 80 pengikut Nabi Nuh ( 3 daripada ahli keluarga, 77 bukan ahli keluarga).
Hud [38] Dan Nabi Nuh pun membuat bahtera itu dan tiap-tiap kali sepuak dari kaumnya melalui tempat dia membina bahteranya, mereka mengejek-ejeknya. Nabi Nuh pun menjawab: Jika kamu memandang kami bodoh (kerana membuat bahtera ini), maka sesungguhnya kami juga memandang kamu bodoh (kerana keingkaran kamu), sebagai (balasan) ejekan kamu.
Diceritakan setengah ulama, setelah siap dibina bahtera, ada diantara kaum Nabi Nuh yang membuang najis mereka ke dalam bahtera itu. Satu hari seorang buta terjatuh ke dalam bahtera dan terkena najis, lalu menjadi celik. Setelah kisah itu diketahui ramai, kaum Nabi Nuh datang untuk mengambil najis di dalam bahtera untuk dijadikan sebagai ubat berbagai penyakit, sehingga akhirnya bersihlah bahtera itu. Dengan izin Allah, ubat hanya ikhtiar Allah yang menyembuhkan penyakit.
Hud [40] (Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.
Binasa kecuali orang yang dikecualikan oleh Allah. Nabi Nuh terlupa membawa seorang perempuan tua, dia tidak dibinasakan dalam pondok buruknya kerana dia seorang yang beriman. Allah sudah jamin pengikut Nabi Nuh akan selamat, walaupun tidak naik bahtera. Manakala anak Nabi Nuh (Kin’an) dan isteri Nabi Nuh dibinasakan kerana mereka tidak beriman . Tiada siapa dapat menahan dari dibinasakan Allah.
Hud [41] Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Doa naik bahtera: “Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya” بِسۡمِ ٱللَّهِ مَجۡر۪ٮٰهَا وَمُرۡسَٮٰهَآ‌ۚ– “Bismillahi majrayha wa mursaha”.
Selamat Daripada Azab
Hud [44] Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung “Judi” serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim.
Hud [45] Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri dan bahawa janjiMu itu adalah benar dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya.
Hud [46] Allah berfirman: Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana dia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil.
Hud [47] Nabi Nuh berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi.
Hud [48] Allah berfirman: Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) dengan selamat dan berkat dari Kami kepadamu dan kepada umat-umat yang bersama-samamu dan (dalam pada itu) ada umat-umat dari keturunan mereka yang Kami akan beri kesenangan kepadanya (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan dikenakan azab dari Kami yang tidak terperi sakitnya.
Hari Nabi Nuh turun dari bahteranya ialah 10 Muharram, hari As-Syura. Nabi Muhammad s.a.w. berpuasa pada hari As-Syura.
Burung merpati dijinakkan kerana menurut perintah nabi Nuh, burung gagak pula menjadi liar kerana sebaliknya. Setelah banjir surut, Nabi Nuh menyuruh burung gagak turun untuk meninjau samada air masih ada atau tidak. Tapi burung gagak sibuk memakan bangkai dan tidak melakukan apa yang disuruh, lalu disumpah oleh Nabi Nuh sehingga menjadi sentiasa dalam keadaan kebimbangan. Kemudian nabi Nuh menyuruh burung merpati pergi meninjau dan ia kembali membawa cacing, menunjukkan tanda bahawa air sudah kering.
Hud [49] (Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertakwa.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar